
Segala macam persoalan yang perlukan jawapan
tepat bukan? Kalau bayi kita nanti jenis kulit sensitif, lagi dalam ilmu pasal
bayi nak kena gali. Kali ini saya nak kongsi tentang tips basuh baju bayi kekal
bersih berseri menggunakan sabun basuh baju bayi organik.
Penting bagi kita sebagai ibu bapa untuk berikan yang terbaik buat
si comel yang baru lahir. Selain perihal kesihatan dia, kita juga harus peka
dengan sabun pencuci yang digunakan.
Tidak semua sabun pencuci yang dijual di pasaran sesuai untuk kulit bayi
kita. Seeloknya pilihlah yang organik dan bebas daripada bahan-bahan kimia yang
boleh membahayakan kesihatan dan menyebabkan iritasi kulit bayi. Kesian si
comel kita nanti, asyik menangis saja sebab rasa gatal dan tak selesa.
Basuh menggunakan tangan
- Rendam baju bayi di dalam baldi/besen.
- Masukkan 1 penutup sabun basuh baju bayi dan 1
sudu besar Detergent
- Biarkan selama 15-30minit sebelum mencuci dan
bilas.
- Jika inginkan pakaian bayi berbau lebih wangi,
saya lebih suka rendam pakaian bayi dengan menggunakan pewangi baju bayi. Baunya lembut dan tidak mengakibatkan alergi pada kulit bayi.
Leave a Comment