Elok-elok aku simpan baju Aina masa ‘baby’ dalam bekas bertutup, tak sangka pula ada kesan kekuningan macam ni. Dah cuci berkali-kali pun tak hilang. Apa lagi cara hilangkan kuning pada baju ni ya?”


CUKA PUTIH & GARAM

Campurkan setengah cawan cuka putih bersama setengah cawan garam di dalam sebuah besen. Letakkan pakaian ke dalam besen dan gosokkan pakaian di dalam besen tersebut selama lebih kurang 30 minit. Kemudian, bilaskan seperti biasa menggunakan sabun pilihan anda.

 

BAKING SODA

Caranya amat mudah, ambil sedikit baking soda dan campurkan dengan sedikit air. Kacau sehingga menjadi pes. Gosokkan pes ini pada baju dan bilas seperti biasa.


SABUN MANDI

Ramai yang mengatakan sabun mandi jenis ketul (bukan cecair) ini sangat efektif untuk menanggalkan kotoran dengan mudah, termasuklah kesan kuning pada baju. Tak kisahlah sabun jenama Fruitale, sabun Cap Kapak, Buruh, atau apa-apa saja. Sabun murah-murah pun boleh. Ternyata, ia memang berkesan.


PENCUCI VANISH

Caranya, sapukan ‘Vanish’ pada bahagian fabrik yang ada kesan kuning, dan biarkan seketika sekitar 5-10 minit. Kemudian, beruskan sedikit dan bilas. Selepas itu, cuci seperti biasa dengan sabun pencuci.


KERINGKAN DI BAWAH MATAHARI TERIK

Setelah membersihkan dan siap mencuci baju, jemurkan di bawah sinar Ultraviolet yang dipancarkan matahari. Ini merupakan cara memutihkan baju putih yang murah dan tersedia sepanjang tahun untuk kita di Malaysia