
Hari ni saya nak share cara untuk nak hilangkan beberapa kotoran degil jika terlekat pada baju. Bahan-bahan untuk mencuci boleh kita dapati di rumah kita sendiri. Tak perlu keluar mencari bahan pencuci khas. Di sini adalah petua mencuci pakaian, mengikut kategori kotoran di bawah:
Pakaian terkena kunyit
Ambil sedikit sabun cuci pinggan dan sapukan pada tempat yang terdapat kesan kunyit pada baju. Biarkan selama 15 ke 20 minit, lepas tu basuh seperti biasa.
Pakaian terkena cat
Rendam pakaian yang terkena cat dengan minyak tanah terlebih
dahulu selama beberapa jam, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti
biasa.
Pakaian terkena minyak
Biarkan bahagian yang terkena minyak dalam keadaan kering,
kemudian sapukan sedikit dengan sabun mandi. Gosok hingga kotoran hilang.
Pakaian bertahi lalat
Campurkan secawan cuka dengan setengah baldi air. Rendam pakaian yang bertahi lalat kedalam air cuka tersebut semalaman. Keesokannya cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
Pakaian terkena darah
Basahkan kesan darah tersebut, gonyoh samada dengan garam halus, sabun mandi ketul atau air Coca-cola sehingga hilang.
Pakaian terkena getah pisang
Gosok bahagian kotor tersebut dengan kapur makan, biarkan selama beberapa minit, kemudian basuh seperti biasa dengan detergen.
Pakaian terkena kesan kopi/teh
Rendam dengan air hangat, detergen, perahan limau nipis dan letakkan juga sedikit baking powder.
Pakaian terkena karat
Campurkan perahan jus limau nipis bersama sesudu kecil garam
halus. Gosokkan bahagian baju yang terkena karat dengan jus campuran tersebut,
biarkan selama beberapa minit kemudian basuh menggunakan air sabun dan bilas
seperti biasa.
Leave a Comment