
Sebagai perempuan, korang mesti ada masanya rasa macam takde baju nak pakai walaupun almari tu dah penuh. Antara faktornya adalah kebanyakan pakaian korang warnanya makin pudar dan nampak kusam. Ini jugak buatkan korang rasa asyik nak beli baju baru je, betul tak?
Haa.. Sis ada beberapa tips yang korang boleh cuba kalau nak pakaian tetap cantik dan tak luntur. Boleh la jimat duit daripada asyik beli baju baru je kan!
1. JANGAN RENDAM PAKAIAN TERLALU LAMA
Cukup sekadar di rendam selama 30 minit, bukan dua atau tiga hari. Sesetengah sabun mencuci pakaian
mengandungi bahan yang boleh merosakkan pakaian dan membuatkannya tidak tahan lama.
2. ASINGKAN PAKAIAN MENGIKUT WARNA DAN JENIS/MATERIAL
Pisahkan pakaian berwarna dengan dengan pakaian putih kerana kemungkinan untuk warna dari blouse
merah anda boleh luntur dan melekat pada kemeja putih suami adalah sesuatu yang perlu dirisaukan. Pisahkan juga
cucian anda mengikut material kerana terdapat fabrik yang sensitif dan perlu pemerhatian teliti.
3. JANGAN SENTAL PAKAIAN DENGAN BERUS TERLALU KUAT
Fabrik pakaian akan rosak jika diberus terlalu kuat. Pakaian seperti tudung atau selendang pula, tak perlu diberus,
sebaliknya cukup sekadar digosok dengan tangan kerana jenis fabriknya yang jauh lebih lembut daripada pakaian lain.
4. JEMUR PAKAIAN BASAH DENGAN SEGERA
Terus jemurkan cucian yang telah siap dibasuh dan dibilas dengan kadar yang segera. Jangan tangguh kerana jika
dibiarkan tidak bersidai, pakaian yang basah akan bertahi lalat dan berbau busuk.
5. JANGAN PERAH PAKAIAN TERLALU KUAT
Memerah pakaian terlalu kuat akan membuatkan pakaian cepat rosak atau koyak. Pakaian dalam pula tidak
perlu diperah, cukup sekadar dipicit-picit atau ditekan supaya airnya kering.
6. TERBALIKKAN PAKAIAN KETIKA DIJEMUR
Sinar matahari dapat mengakibatkan warna pakaian menjadi pudar dan lusuh. Oleh itu, terbalikkan terlebih dahalu
pakaian sebelum dijemur agar bahagian luarnya tidak terkena cahaya matahari secara langsung.
7. ELAKKAN MENJEMUR PAKAIAN DENGAN PENYANGKUT
Ketika menjemur, elakkan menggunakan penyangkut baju/hanger. Ini bagi mengelakkan bahagian leher baju
menjadi besar dan meggelebeh kerana ketika pakaian dalam keadaan basah, air akan menarik bahagian
leher ke bawah hingga melar.
8. HINDARI PELUNTUR
Jika boleh, elakkan atau kurangkan penggunaan bahan peluntur pada pakaian kerana peluntur seperti
clorox mempunyai kandungan kimia yang sangat kuat. Ia akan menjadikan pakaian mudah reput dan tidak tahan lama.
9. HINDARI MENCUCI DENGAN MESIN BASUH
Pakaian yang berfabrik lembut serta berperincian seperti manik, labuci dan sebagainya, sebaiknya dicuci dengan
tangan bagi mengelakkannya daripada rosak.
10. SETERIKA
Pakaian akan sentiasa nampak seperti baru sekiranya diseterika terus selepas dicuci dan dijemur.
Pastikan juga pakaian diseterika semasa keadaan betul-betul kering.
Leave a Comment