Assalamualaikum gais,

Sis dapat idea baru nak tingkat kan lagi perkongsian ilmu dalam blog ni. Kita kongsi tips! Aha. sis suka idea ni. Memang lah tak seberapa tips ni tapi boleh la buat orang yang tak tahu tu. 

Korang mesti tak selesa kalau ke pejabat dengan bau baju yang kurang menyenangkan sekaligus mengurangkan keyakinan diri. Sis nak share dengan korang tips untuk mencuci pakaian dengan betul yang korang patut amalkan


Cucian Seluar Jeans

Cara sebenar mencuci seluar jean sebenarnya adalah dengan meletaknya di dalam peti beku rumah korang. Menurut jurucakap Levi’s lah bukan sis hehe, cara ni boleh membunuh kuman yang membuat seluar jean korang berbau. Mungkin ramai yang tidak menggemari cara ini. Oleh itu sekiranya korang mahu mencuci seluar jean dan melambatkan warnanya daripada pudar, terbalikkan seluar jean korang, gunakan sedikit sabun pencuci sahaja dan tetapkan suhu air kepada 30 darjah.


Fabrik bermanik, chiffon dan berlabuci

Korang mesti ada fabrik yang bermanik, chiffon berlabuci kan ? Mungkin pakaian sebegini leceh untuk dijaga tetapi menjadi pilihan ramai kerana cantik pabila dipakai. Untuk pakaian yang bermanik atau berlabuci, lebih baik korang hantar ke kedai dobi sahaja untuk cucian kering. Kepada penggemar sifon, lebih baik baju korang cuci menggunakan tangan untuk mengelakkannya daripada cepat rosak.

 

Fabrik yang berwarna

Asingkan pakaian mengikut warnanya. Jangan campurkan baju yang berwarna terang dengan baju putih kerana ia akan merosakkan baju putih korang apabila warna baju yang lain turun ke baju putih korang.


Pakaian dalam

Sebenarnya, sebaik-baiknya pakaian dalam korang harus dicuci tangan. Sekiranya korang agak malas melakukannya, beli net pakaian khas untuk membasuh pakaian dalam korang dan pastikan tetapan mesin basuh korang adalah delicate. Seelok-eloknya gunakan sahaja pelembut pakaian sahaja dan elak menggunakan sabun pencuci seperti peluntur ketika mencuci pakaian dalam korang.

 

Tips terakhir yang korang perlu gunakan adalah mencuci pakaian dengan menggunakan Sabun Fabulove.  Sabun Fabulove adalah sabun pencuci pakaian yang sangat wangi dan mempunyai kelebihan yang tiada tandingannya dengan sabun-sabun pencuci yang lain.  Ia merupakan sabun pencuci 4 dalam 1 iaitu sabun ini boleh dijadikan sebagai sabun basuh, pelembut, pewangi dan anti bakteria. Sudah tentulah ia halal dan selamat digunakan. Selain itu, sabun Fabulove ini sangat berkualiti digunakan. Pernahkah korang menggunakan sabun pencuci ini? Jika masih belum pernah, inilah masa untuk korang mencubanya pasti korang akan repeat, repeat dan repeat lagi. Belum cuba belum tahu taw. 


Thank you for reading and see you in the next entry!