Mencuci tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Mungkin ramai masih belum tahu cara terbaik untuk membasuh tangan dan mungkin selama ini cara anda lakukan itu salah.

Tidak dinafikan lagi bahawa membasuh tangan ini memang sangat penting. Mungkin anda rasa tangan anda kelihatan bersih jika dilihat secara mata kasar, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih.


Kenapa membasuh tangan perlu dititikberatkan?

Tangan merupakan salah satu pembawa utama bakteria dan tangan ianya kerap menyentuh pelbagai permukaan setiap hari. Oleh itu, membasuh tangan perlu dilakukan dengan kerap, tidak kira anda dimana. Membasuh tangan memang kelihatan agak mudah, namun tidak semua mengamalkan cara membasuh tangan yang betul. Jika tidak dilakukan dengan cara yang betul,maka kesannya tidak begitu efektif.



Ikuti 5 langkah mudah ini untuk menyempurnakan teknik membasuh tangan anda

 

1. Basuh tangan di bawah air mengalir. Tutup air dan ambil sabun.

Anda boleh gunakan air sejuk, sabun mesti digunakan kerana kajian saintifik telah membuktikan

penggunaan sabun lebih berkesan menghapus bakteria dan kuman pada tangan.

 

2. Sapu kedua-dua tangan anda sehingga berbuih

    Pastikan anda menggosok belakang tangan, di celah-celah jari dan bawah kuku.

    Menggosok tangan akan menyebabkan geseran untuk singkirkan kekotoran, minyak dan mikrob.

 

3. Sental tangan selama 20 saat

WHO memberitahu ketika membasuh tangan 20saat, anda boleh mengira masa dengan menyanyikan lagu Happy Birthday sebanyak dua kali.

 

4. Basuh tangan di bawah air mengalir

Setelah segala bakteria telah berada di permukaan kulit, cuci tangan menggunakan air mengalir. Elak celup tangan atau guna air yang

ditadah kerana akan menambah bilangan mikrob pada tangan anda.

 

5. Keringkan tangan guna tuala bersih atau tisu

    Lap sehingga kering dan bersih.



Haa sekarang anda tahu kan pentingnya mencuci tangan dengan bersih. Lagi-lagi kes covid-19 semakin meningkat di Malaysia. Mujur ada sabun pencuci tangan Fabulove yang anti bakteria dan mampu membasmi kuman 99.9% ini. Wangi pun wangi. Jom lindungi diri kita dan orang tersayang.