25 Jan

Posted By
Fabulove
122 View(s)
Kebanyakkan ibu bapa atau penjaga di luar sana akan
campurkan sekali baju mereka dengan baju anak-anak kecil ke dalam mesin basuh.
Kononnya memudahkan kerja tapi sebaliknya mendatangkan kesan buruk pada kulit bayi.
Ketahuilah kulit si manja sangat sensitif dengan
persekitaran, habuk, pakaian terutama sekali sabun. Ini kerana bahan kimia
yang terdapat dalam sabun mengandungi bakteria dan pewarna yang kuat sehingga
menyebabkan kulit bayi menjadi iritasi.
Sis nak share cara betul membasuh baju bayi dengan betul.
Terdapat beberapa tips sis nak share
dengan kalian semua terutama untuk bakal mommy hehe
1. JANGAN GUNA SABUN BERBAU KUAT
Tapi bagi bayi pula lain halnya. Sabun yang berbau kuat ini
biasanya mengandungi bahan kimia tidak serasi dengan kulit sensitif. Oleh
itu, rendamkan pakaian bayi dalam sabun pencuci khusus yang dicampur
bersama air suam. Biasanya sabun bayi ini tidak terlalu harum.
Tidak perlu menggunakan cecair antiseptik melainkan jika telah mendapat
arahan doktor. Ini kerana, larutan antiseptik juga ada mengandungi bahan kimia
tertentu yang tidak diketahui kesesuaiannya dengan kulit bayi.
2. ASINGKAN DARI PAKAIAN DEWASA

Jangan campurkan pakaian korang atau orang dewasa untuk dicuci atau
direndam bersama pakaian bayi. Pakaian kita mungkin mengandungi kotoran yang
boleh berpindah kepada pakaian bayi, lalu menjadi punca alergi atau ruam. Maka,
sediakan sebuah bakul khusus untuk korang meletak pakaian kotor bayi selepas
dipakai.
3. CUCI PAKAIAN YANG BARU DIBELi

Walaupun pakaian yang baru dibeli nampak begitu bersih dan wangi, jangan lupa mencucinya terlebih dahulu sebelum dipakai.
Pakaian tersebut sebenarnya telah melalui proses bertukar tangan yang panjang dari pembuatannya di kilang, pemborong, dan seterusnya ke kedai-kedai pengedar. Di kedai atau pasaraya pun, ramai yang telah memegangnya. Jadi, lebih selamat jika anda mencuci pakaian tersebut agar lebih terjamin kebersihannya.
4. JEMUR DI BAWAH MATAHARI

Kuasa sinaran matahari dapat melindungi pakaian daripada
bakteria. Jadi, seeloknya elakkan menjemur pakaian bayi di dalam rumah atau di
tempat yang tertutup.
Kalau rajin, anda juga boleh menggosok pakaian menggunakan
seterika. Tindakan ini boleh
membantu menjamin kebersihan pakaian bayi kerana kepanasan daripada seterika
dapat meminimakan bakteria pada pakaian.
5. SIMPAN DI DALAM TEMPAT BERTUTUP
.jpg)
Pakaian yang telah dicuci dan dilipat sebaiknya disimpan dalam
almari atau bakul yang bertutup. Tapi jangan risau, sekiranya anda hanya
mempunyai jenis yang terbuka, anda boleh menutupnya dengan sehelai napkin
atau lampin.
Oh ya, fabulove akan
mengeluarkan pencuci baju untuk baju bayi tak lama lagi. Yang penting sesuai
untuk pakaian bayi newborn dan seangkatan dengannya. So lepas ni mommies tak perlu
risau nak cari pencuci baju bayi sebab di fabulove lengkap dengan segala
pencuci pakaian. Pencuci baju orang dewasa dan pencuci baju bayi juga.
Leave a Comment