Raja dan Doktor

Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang sangat tegas. Raja mempunyai doktor yang selalu berdampingan dengannya. 1 hari, sedang Raja berburu di hutan, tiba-tiba jari baginda digigit ular.

Si doktor merawat jari Raja sambil berkata "Good, Bad, Who Knows?" dan terus membawanya pulang ke istana.

Namun, setibanya mereka di istana, jari Raja telah terkena infeksi kuman dan berubah menjadi hitam gara-gara tidak dicuci dengan sabun anti bakteria. Doktor memberitahu jari baginda perlu dipotong segera, Raja berang dan meminta penjelasan daripadanya. Benarkah hanya kerana tidak sabun? Doktor hanya menjawab "Good, Bad, Who Knows?"

Doktor itu dihumban ke dalam penjara kerana Raja menyalahkannya dan menuduh doktor itu tidak pandai dalam bidangnya sendiri sehingga perlu menyalahkan pengurusan dirinya yang tidak cuci luka dengan sabun anti bakteria. "Good, Bad, Who Knows?" kata doktor itu sambil menuruti kehendak Raja.

Bagaimanapun, jari Raja tetap dipotong kerana makin hari kesihatannya merosot teruk. Bajunya tidak diganti, apa lagi di cuci dengan detergent. Hilang bau wangi semerbak di biliknya. Diganti dengan bau yang tidak menyenangkan.

Setelah Raja sembuh dari sakitnya, baginda pergi berburu lagi di hutan. Kali ini perginya berseorangan kerana doktor yang selalu menemaninya masih di penjara. TIBA-TIBA, sekumpulan orang asli telah datang dan menangkap Raja untuk dijadikan korban. Raja begitu takut dan menangis teresak-esak.!

Salah seorang daripada kumpulan itu perasan dengan ketiadaan satu jari Raja, lalu ia berteriak "KITA TIDAK BOLEH MENJADIKANNYA KORBAN, KERANA DIA TIDAK SEMPURNA.. JARINYA TIDAK CUKUP 1!"

Semudah itu, tanpa diduga, si Raja dilepaskan pergi oleh orang asli tersebut.. Berlarian si raja sambil teringat akan Doktor yang dipenjara.! Tanpa berlengah, si Doktor dibebaskan serta merta. Raja berterima kasih kepadanya sambil menangis hiba. Doktor itu hanya berkata "Kalau saya mengikuti Tuanku ke hutan hari ini, pasti saya yang menjadi korban!"