Keyakinan diri akan meningkat jika anda wangi, bersih dan cantik. Tetapi ada sesetengah sabun akan basuh akan membuatkan pakaian anda berbau hapak walaupun sudah di cuci. Selain itu, bau hapak berpunca kerana pakaian terlalu lama disimpan di dalam almari.


Ada beberapa cara untuk elakkan baju daripada berbau hapak. Jadi kalau ada baju yang sudah lama tersimpan tiba-tiba rasa nak pakai, tidaklah anda kuatir  lagi. Wangian baju anda akan bertahan lama.


Aroma Terapi



Anda hanya perlu membeli minyak aroma terapi, campurkan dengan sedikit air. Masuk dalam botol penyembur dan boleh sembur pakaian anda bila-bila masa. Jika anda malas, beli sahaja penyembur wangian baju yang banyak dijual di pasaraya okay?


Kapas dan minyak wangi




Anda tidak perlu menyembur minyak wangi di dalam almari, rugi. Tetapi anda boleh gunakan kapas. Sembur sedikit minyak wangi pada kapas dan biarkan dalam almari anda. Satu almari akan wangi.


Herbal


Sediakan uncang kapas, masukkan herba yang mampu mewangikan almari seperti serai,lavender atau pandan. Simpan dengan kemas di dalam uncang dan biarkan.


Sabun Buku



Mungkin sudah jarang orang gunakan sabun buku untuk mandi. Apa kata gunakan sabun buku untuk mewangikan almari. Tahu tak, apabila sabun buku terdedah dengan suhu bilik akan meghasilkan wangian yang manis dan selesa. Pakaian anda akan melekat dengan bau sabun tersebut. Selepas selesai melipat pakaian, letakkan pakaian anda dalam kotak atau laci yang bertutup.


Serbuk kopi



Selain menghilangkan bau perfume di hidung, serbuk kopi boleh boleh digunakan serapan bau hapak di dalam almari. Caranya, masukkan serbuk kopi dalam bekas bertutup dan ditebuk lubang dan disimpan di dalam almari. Tukar serbuk kopi sebulan sekali. Almari anda tiada lagi berbau hapak.